Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Kulim

Kolej Komuniti Kulim mula ditubuhkan pada 1 Julai 2007. Pada awal penubuhannya, Kolej Komuniti Kulim beroperasi di Kolej Komuniti Bandar Darulaman iaitu di Kolej Komoniti Cawangan Bandar Baharu. Pengambilan pelajar pertama bagi kursus Sijil Perakaunan Perniagaan dibuat pada 16 Julai 2007. Setelah hampir satu semester beroperasi di Kolej Komuniti Bandar Baharu, pada 9 Disember 2007, Kolej Komuniti Kulim berpindah ke premis yang sendiri di alamat No. 232 Jalan Kota Kenari 2, Taman Kota Kenari, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Sehingga Disember 2010, Kolej Komuniti Kulim menawarkan dua (2) program di peringkat Sijil. Kolej Komuniti Kulim  menawarkan kursus sepenuh masa Sijil Perakaunan Perniagaan dan Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan). Namun begitu, kursus Sijil Multimedia Kreatif tidak dapat dijalankan kerana kekangan ruang dan peralatan. Sepanjang tahun 2011 seramai 61 orang pelajar daripada Sijil Modular Kebangsaan telah berjaya mengikuti program pengajian di Kolej Komuniti Kulim dengan cemerlang.

Visi
Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan fasafah pendidikan kebangsaan.

Misi
Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Objektif
Meyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan:

  1. Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat;
  2. Menganjurkan dan meyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);
  3. Menganjurkan dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  4. Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategic dan pakatan strategic dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan
  5. Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.

Moto
PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 04-4900412
  • No Faks: 04-4900385
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Kulim, Jalan Kota Kenari 2, Taman Kota Kenari, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2